Bercakap kepada Oprah Winfrey, Lady Gaga berkata yang beliau bukan sahaja mahukan anak, tetapi mahukan ‘sepasukan bola sepak’ anak. Heh. – People
Laporan menyebut yang bekas suami Katy Perry, Russell Brand telah pun di’tahan pihak polis kerana melempar iPhone seorang jurugambar sebagai ‘menghargai’ jasa Steve Jobs. – Just Jared
Aktress Hollywood kegemaran editor kami, Charlize Theron (gambar) telah mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Jackson. – Reuters
Album terbaru Bruce Springsteen, Wrecking Ball berjaya mengenepikan album Adele yang telah menduduki kedudukan teratas carta selama 23 minggu dengan kelebihan jualan album hanya 6,000 unit. – Huffington Post
Anak perempuan Whitney Houston, Bobbi Kristina di’katakan kini bercinta dengan abang angkat yang telah tinggal bersama keluarga mereka sejak berumur 12 tahun. Eww? – TMZ