fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.72)

Penyanyi yang tidak kenal erti tua, Madonna mengalami kecederaan yang agak serius ketika berlatih untuk siri jelajah dunia beliau & sempat mengirimkan gambar ke Facebook. – Gossip Cop

Justin Bieber & kekasih hati, Selena Gomez (gambar) pergi memancing bersama. Itu sahaja yang anda perlu tahu. – Celebuzz

Berita yang kurang mengejutkan, Olivier Martinez mengesahkan yang beliau sudah pun bertunang dengan Halle Berry & bercadang untuk berkahwin tidak lama lagi. Bagus. – Daily Mail

Kepada yang belum tahu, bekas ahli bina badan negara Malek Noor telah pun selamat bergelar suami kepada Dr Wan Asma Wan Ismail, seorang pakar pediatrik. Tahniah! – mStar Online

Ini satu fesyen baru yang pelik lagi aneh lagi Meleis dari Rihanna. Beliau mengenakan baju yang menampakkan sebahagian buah dada beliau di New York baru baru ini. Crazy shit.Just Jared