fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.68)

Ini satu lagi filem animasi yang di’tunggu tunggu untuk tahun 2012, Ice Age 4: Continental Drift & mereka baru sahaja melancarkan trailer terbaru untuk filem yang akan ke pawagam pada 13 Julai 2012 ini. – Just Jared Jr

Aktress, Jennifer Aniston di’khabarkan telah meninggalkan kota New York untuk menetap di Los Angeles kerana mahu lari dari paparazzi. – Huffington Post

Sebuah tabloid telah menulis berkaitan spekulasi yang terbit dek kerana sekeping foto yang menunjukkan Kate Middleton (gambar) seolah olah sedang mengandung. – CDL

Pengarah filem box-office Ombak Rindu, Osman Ali di’khabarkan bakal berkahwin pada 11 Mac 2012 ini bersama Aishah Sanai di Bintulu, Sarawak. Tahniah dari kami di Rotikaya HQ! – GUA

Putera Harry ke Jamaica untuk mencabar Usain Bolt dalam larian 100M. Boleh anda teka siapa yang sampai ke garisan penamat terlebih dahulu? – People