Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.67)
Tahukah anda bahawa ratu rock Malaysia, Ella bakal berkahwin dengan jejaka yang di’kenali sebagai A di’khabarkan dalam tahun ini juga. Tahniah! – GUA
Kisah artis Hollywood memakai insurans untuk anggota badan mereka yang di’anggap aset bukan perkara baru. Ini senarai 20 nama termasuk Heidi Klum dengan insurans bernilai US$2 juta untuk kaki. – The Wire
Selebriti kesukaan penyambut tetamu kami, Kim Kardashian di’khabarkan telah menderma sebanyak 2 kali ganda dari nilai hadiah perkahwinan beliau sebelum ini. – TMZ
Mila Kunis menghiasi muka hadapan majalah fesyen Harper’s Bazaar edisi April 2012 dan berkata tiada siapa yang sudi untuk mengajak beliau keluar bersama sepanjang tahun lalu. Hmm, challenge accepted! – Just Jared
Ini satu analisis mendalam tentang siapakah selebriti Hollywood yang paling kerap di’cari melalui Google sepanjang lima tahun kebelakangan ini. Dan, jika anda sudah boleh jangka, Michael Jackson mendahului. – Huffington Post