fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.58)

Tahniah untuk Misha Omar & pasangan, Firos Ezzwan yang telah selamat bertunang tengah hari semalam & sekali gus lenyapkan spekulasi yang penyanyi ini sudah pun berkahwin sebelum ini. – GUA

Rihanna & Chris Brown yang mempunyai kes perbalahan manja tidak lama dahulu kini kembali bekerjasama untuk dua buah lagu saduran masing masing. Sesuatu yang baik? Harapnya. – Just Jared

Kalau anda tertanya tanya, ya, Megan Fox (gambar) masih wujud dan ini adalah barisan gambar terbaru beliau dalam persalinan bikini ketika bercuti di Hawaii. Menarik? Heh. – The Superficial

Ketika meraikan ulangtahun kelahiran yang ke 31 hujung minggu lalu, Paris Hilton telah berjaya membawa pulang US$30,000 hasil bermain Blackjack. Kami rasa, itu duit bawah bantal sahaja untuk selebriti ini. – Gossip Cop

Drew Barrymore hari ini di’laporkan keluar meninggalkan pejabat seorang doktor dengan helaian sonogram & spekulasi yang mengatakan beliau kini mengandung mula kedengaran. Tahniah? – TMZ