fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.533)

VIDEO HARI INI: Tragedi Bhopal yang mengorbankan ribuan nyawa selain ratusan ribu lagi terdedah dengan elemen kimia bahaya merupakan tragedi terburuk dalam zaman industri dan kini sebuah filem didedikasikan untuk menceritakan kisah sebenar, Bhopal Prayer for Rain.

Bintang yang popular menerusi siri TV Glee, Naya Rivera dilaporkan telah berpisah dengan kekasihnya Big Sean selepas lima bulan bertunang dan khabarnya disebabkan pihak lelaki yang telah berlaku curang. Bukan benda baru ya tidak? – Just Jared

Selepas menafikan yang beliau akan menerima BMW X6 dari ibunya, Rozita Che Wan kerana mencatat keputusan cemerlang dalam SPM, Ammar Effendy dalam kenyataan terbaru berkata beliau lebih sukakan Audi R8 yang bernilai RM660,000. – mStar Online

Penerbit filem Wolf of Wall Street, Riza Aziz dan Joey McFarland telah disaman oleh penerbit asal filem Dumb and Dumber kerana mengecualikan mereka dalam pembikinan sekuel filem komedi itu selain mendakwa anak Rosmah Mansor itu melakukan penipuan kewangan. – THR

Penyanyi yang popular dengan lagu Jar of Hearts, Christina Perri telah mendapatkan perintah larangan terhadap seorang lelaki bernama Scott Brannan yang didakwa merupakan stalker tegar selama lebih setahun dan bimbang akan melakukan jenayah seksual terhadapnya. – TMZ

Sebuah video latihan tarian kumpulan EXO untuk lagu terbaru mereka berjudul Overdose telah bocor ke internet dan SM Entertainment dalam satu kenyataan berkata mereka akan mengambil tindakan undang undang terhadap mereka yang bertanggungjawab. – Soompi