fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.530)

VIDEO HARI INI: Hari ini kami belajar yang kita semua tidak akan mampu untuk mengangkat sebongkah emas dengan hanya menggunakan sebelah tangan, ini video penyanyi kumpulan The Barenaked Ladies mencuba. Tapi, ianya hanya seberat ~25kg.

Siri televisyen popular ini telah berakhir hujung minggu lalu, namun Neil Patrick Harris dalam satu temubual terbaru bersama media mendedahkan yang set DVD How I Met Your Mother akan mengandungi penghujung berlainan atau alternatif. Yes! – EW

Sebuah dokumentari yang diterbitkan pada tahun 1998 berjudul Kurt & Courtney boleh ditonton oleh mereka di Amerika Syarikat secara percuma bersempena dengan ulangtahun kematian Kurt Cobain yang ke 20. What a convenience. – Huff. Post

Dalam satu sidang media hujung minggu lalu, penyanyi Misha Omar telah memilih tarikh 2 Mei sebagai tarikh pernikahan beliau bersama tunang­nya, juruterbang Malaysia Airlines (MAS), Firos Ezz­wan Rossly dan ianya dipilih atas permintaan ibunya. – Utusan Malaysia

Filem superhero terbaru yang kini sedang hangat di pawagam, Captain America: Winter Soldier dijangka akan mengutip lebih US$270 juta dari seluruh dunia selepas habis tayangan hujung minggu lalu dan bakal bergelar filem terlaris bulan April. – THR

Berita terbesar yang melanda dunia hiburan K-pop hujung minggu lalu adalah berita tentang ahli kumpulan Girls’ Generation (SNSD), Tiffany yang telah mengesahkan mempunyai hubungan cinta dengan Nickhun (2PM). Satu lagi pasangan untuk diperhati, heh.- Soompi