fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.525)

VIDEO HARI INI: Paramount Pictures hari ini telah melancarkan trailer penuh pertama untuk filem bikin semula, Hercules yang menampilkan bintang popular Dwayne ‘The Rock’ Johnson sebagai teraju utama. Anda teruja untuk menonton filem ini?

Ini berita yang mengejutkan industri hiburan, vokalis kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin dan Gwyneth Paltrow dilaporkan telah mengambil jalan untuk berpisah selepas melayari alam perkahwinan selama 11 tahun. Oh nooo! – Just Jared

Nazim Othman dan Datuk Siti Nurhaliza masing masing telah dinobatkan sebagai Raja & Ratu Selfie di laman sosial Instagram berikutan reputasi mereka yang suka mengambil gambar sendiri secara kerap untuk dikongsikan dengan peminat. – OHBULAN!

Empat bulan selepas kemalangan yang menyebabkan kematian Paul Walker, pihak menyiasat menyimpulkan yang pemanduan secara laju dan bahaya merupakan punca utama tragedi tersebut dan bukannya masalah teknikal kereta yang dinaiki. – Us Weekly

Dua kumpulan popular muzik pop Korea, 2NE1 dan BTOB dijadualkan akan muncul dalam program realiti TV America’s Next Top Model musim ke 21 yang akan menjalani penggambaran di Seoul sempena minggu fesyen di sana. – Soompi

Khabar terbaru di Hollywood mengatakan yang penyanyi popular Taylor Swift telah dilarang untuk bercinta dengan mana mana lelaki buat masa ini oleh agensi dan pihak pengurusan beliau kerana mereka sudah penat dengan karenah penyanyi itu. Betulkah? – Gossip Cop