fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.524)

VIDEO HARI INI: Hujung minggu ini akan berlangsung perlumbaannya Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang dan jika anda ingin tahu, badan berwajib telah mengeluarkan satu arahan yang menyebabkan bunyi enjin menjadi jinak. Dengarkan.

Universal Pictures mengesahkan yang watak Paul Walker dalam filem Fast and Furious 7 akan diteruskan menggunakan aktor dan badan pendua selain menggunakan teknolgi CGI untuk melengkapkan filem itu yang bakal disambung prosesnya bulan ini. – Huff. Post

Juara program Anak Wayang musim pertama iaitu Hairi Safwan telah sah bergelar suami kepada bakal guru, Fara Afiza Azman dengan sekali lafaz di sebuah majlis yang berlangsung di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Sabtu lalu. – mStar Online

Filem adaptasi terbaru, Divergent telah mendapat sambutan hangat dari peminat filem di seluruh dunia dan di Amerika Syarikat sendiri filem ini dijangka akan mengutip lebih US$60 juta selepas tayangan sepanjang hujung minggu. – EW

Penyanyi remaja ini entah mahu mencipta rekod dunia atau apa tetapi yang pasti Justin Bieber telah meminta seorang pelukis tattoo untuk melukis tattoo di badannya ketika terbang dalam kapal terbang di ketinggian 40,000 kaki. – TMZ

Bersempena dengan ulangtahun kematian penyanyi popular Kurt Cobain, pihak polis di Seattle telah mendedahkan beberapa keping gambar sekitar siasatan akan kejadian bunuh diri penyanyi itu yang tidak pernah dilihat sebelum ini. RIP Kurt Cobain. – THR