fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.522)

VIDEO HARI INI: Imaginasi manusia memang tidak berpenghujung dan ini pula video bagaimana rupanya jika kamera ‘selfie’ rakyat Malaysia, GoPro digunakan oleh Superman.

Kesahihan pelakon ini kini sedang hamil masih belum terjawab dan pengurus kepada Fasha Sandha dalam satu kenyataan kepada media berkata biarlah perkara itu disahkan sendiri oleh tuan punya badan yang kini masih berada di kepulauan Bali. – Murai

Kanye West nampaknya tidak akan didakwa lanjut berkaitan isu beliau melakukan keganasan terhadap seorang jurugambar di LAX namun akan menjalani rawatan anger management selama 24 sesi dan melakukan khidmat masyarakat selama 250 jam sebagai ganti. – TMZ

Bintang One Direction berusia 20 tahun, Harry Styles khabarnya telah belanjakan US$4 juta untuk memiliki sebuah kediaman mewah di Beverly Hills dan khabarnya bersedia untuk terus berpindah dari kota London. Bertuah badan. – Celebuzz!

Ahli Wonder Girl yang kini sudah berkahwin, Sunye mengumumkan dalam satu surat kepada para peminat yang beliau dan suami akan berpindah ke Haiti untuk lima tahun dan ini membuatkan masa hadapan kumpulan semakin tidak pasti. – Soompi

Seperti Rihanna sebelum ini, nampaknya Lady Gaga juga pernah mengalami masalah kewangan pada 2009 kerana melaburkan kesemua US$3 juta yang dimilikinya ketika itu untuk pentas konsert jelajah Monsters Ball. Pelaburan berbaloi nampaknya kini. – NY Daily News