fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.521)

VIDEO HARI INI: Kalau boss kami punya teman wanita, ini kemungkinan besar senario yang beliau bakal hadapi setiap hari. Dan, tunggu sehingga habis video untuk efek drama maksimum.

Selepas diisytiharkan muflis beberapa bulan lalu khabar terbaru pula mengatakan yang vokalis kumpulan Mojo, Aweera kini ada masalah kesempitan wang yang teruk sehingga terpaksa meminta minta pada seorang VIP. Betulkah? – Utusan Malaysia

Penyanyi yang popular dengan lagu Royal, Lorde menyelar sebuah media di Hollywood kerana mengirimkan e-mail bertanya sama ada beliau kini sudah bertunang dengan kekasihnya, James Lowe hanya kerana gambar beliau memakai cincin. – Huff. Post

Sering dilihat menggayakan topi jenis flatbill ketika penggambaran program Running Man, Song Ji Hyo dilaporkan bakal keluar dengan koleksi topi sendiri hasil kerjasama dengan jenama NBA dan koleksi itu diberi nama CHO.2. – Soompi

Masih belum reda lagi rupanya demam filem Frozen ini, terbaru seorang pelajar dari Dallas Baptist University merakamkan lagu tema filem itu Let It Go dengan menggunakan suara 21 watak popular studio animasi Disney dan Pixar. – Youtube / Brian Hull

Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya mempunyai kaitan dengan penganjur konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang dilanda kontroversi selepas kematian enam pengunjung akibat penyalahgunaan dadah. – Astro Awani