fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.520)

VIDEO HARI INI: Selain comel dan putih segebu kapas, kucing ini juga bijak. Itu sahaja.

Penerima anugerah Oscar untuk Best Supporting Actress baru baru ini, Lupita Nyong’o dikatakan dalam perbincangan dengan pengarah J.J. Abrams untuk tampil mendukung salah satu watak utama dalam filem akan datang Star Wars Episode VII. – Vulture

Isteri kepada pelakon dari Singapura dan juga pelakon drama bersiri Ariana Rose, Hisyam Hamid menafikan yang beliau cuba mengawal kerjaya suaminya itu hanya kerana beliau bertindak sebagai pengurus kerjaya pelakon itu di Malaysia. – mStar Online

Laporan media Hollywood dalam tempoh 24 jam yang lepas kecoh dengan khabar berita yang mengesahkan Rihanna & Drake kini sedang bercinta selepas mereka dilihat keluar bersama sama sebelum ini dan banyak menghabiskan masa bersama di Eropah. – TMZ

Hujung minggu lalu, kumpulan kpop 2PM yang sedang menjalani penggambaran video muzik terbaru mereka dikejutkan dengan satu kebakaran yang dikhabarkan berpunca daripada bunga api (fireworks) yang digunakan dalam video tersebut. Tiada kecederaan dilaporkan. – Soompi

Kami orang kampung dan ini pertama kali kami dengar orang mencacah tattoo di bahagian dalam bibir dan ya, Miley Cyrus baru baru ini menunjukkan yang beliau telah memiliki tattoo berupa kucing ‘dalam kesedihan’ di bahagian tersebut. – Just Jared