fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.519)

VIDEO HARI INI: Speed dating with all of the awkward but way less of the talking. Just watch it. In before, Rotikaya ini semuanya haram! (Amaran: Mildly NSFW)

Penyanyi yang bakal turun ke Malaysia pada Jun ini, Taylor Swift telah dinobatkan sebagai penyanyi paling banyak menerima pendapatan sepanjang tahun 2013 dengan membawa pulang US$39.7 juta yang majoritinya datang dari konsert jelajah. – Digital Spy

Miley Cyrus yang tidak pernah jemu dengan kontroversi yang pelik kali ini telah muncul membuat persembahan hanya berpakaian dalam selepas beliau terlepas atau tidak sempat menukar baju antara lagu ketika konsert jelajahnya, Bangerz Tour. – Just Jared

Pelakon penuh kontroversi ketika ini, Hanez Suraya memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya berhubung kenyataan memfitnah dimuat naik dalam laman sosial pada September hingga pertengahan Oktober tahun lepas. – mStar Online

Sebuah lagu berjudul Computerized telah bocor ke internet baru baru ini dan ianya merupakan kolaborasi antara dua bintang berbakat, Jay-Z dan juga Daft Punk namun lagu tersebut jauh dari sempurna. Syukur ianya tidak ke pasaran. – Huff. Post

Sebelum ini kita ada dengar tentang projek menarik pelakon aksi popular ini dan kumpulan k-pop ciptaan Jackie Chan yang telah diberi nama JJCC atau Double JC ini akan membuat kemunculan sekitar pertengahan Mac ini. Teruja? Heh. – Soompi