fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.518)

VIDEO HARI INI: Bakal hadir ke pawagam Malaysia sekitar April 2014 nanti, Marvel baru baru ini menguji kesabaran peminat Captain America dengan preview berdurasi empat minit untuk filem terbaru superhero itu, The Winter Soldier.

Tunang kepada Justin Theroux dan juga pelakon popular, Jennifer Aniston mengakui yang beliau mengidamkan memiliki badan seperti model popular Gisele Bundchen selain membuka rahsia yang beliau masih akan makan snek yang telah jatuh ke lantai. Heh. – Us Weekly

Pelakon yang kini bergelar isteri kepada Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana mengesahkan yang beliau akan berhenti berlakon untuk menumpukan kepada tugasnya sebagai pegawai pemasaran di sebuah butik muslimah, Butik Eiliya. Bagus! – Malaysian Digest

Seperti dijangka ramai filem terbaru lakonan Russell Crow berjudul Noah yang berkisar kisah bah besar di zaman Nabi Nuh telah diharamkan tayangan di beberapa negara Arab dan lebih banyak negara Islam akan menyusul. Malaysia? – Huff. Post

Stesen televisyen SBS di Korea telah menamatkan penyiaran program realiti TV berjudul Jjak yang mengambil format The Bachelor selepas salah seorang pesertanya ditemui membunuh diri dipercayai tertekan sepanjang penggambaran. Tragis. – Chosun

Filem sekuel terbaru 300: Rise of an Empire memonopoli carta tayangan filem di Hollywood sepanjang hujung minggu lalu dengan mengutip US$45 juta melalui tayangan di Amerika Syarikat dan US$87.8 juta dari pasaran seluruh dunia. – EW