fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.517)

VIDEO HARI INI: Kalau anda punya masa untuk mendalami sejarah tragedi penerbangan, Air France Flight 447 mungkin satu rujukan yang baik sebelum anda tampil dengan pelbagai konklusi sendiri tanpa fakta yang sahih. Still #PrayForMH370.

Tercalon dalam 2014 MTV Movie Awards untuk kategori Best Shirtless Performance, Zac Efron berkata yang beliau akan naik ke atas pentas mengambil anugerah tanpa memakai baju jika menang mengalahkan yang lain. – Just Jared

Shila Amzah merupakan antara selebriti yang melahirkan rasa simpati beliau terhadap tragedi yang menimpa penerbangan MH370 dan ianya lebih signifikan kerana laluan Kuala Lumpur – Beijing merupakan laluan yang kerap dinaiki beliau. – mStar Online

Senyap senyap rupanya Stacy Keibler telah pun mengikat tali perkahwinan dengan kekasihnya yang juga usahawan teknologi, Jared Pobre dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah pantai di Mexico pada Sabtu lalu. – E! Online

Bintang siri drama popular Korea The Heirs, Park Shin Hye telah dinamakan sebagai selebriti terbaru bergelar nation’s little sister menerusi pilihan ramai peminat dunia hiburan dalam program TV MBC, Sunday Section. – Soompi

Nampaknya pasangan ini kembali bersama atau sekurang kurangnya keluar bersama apabila ada peminat merakamkan aksi Justin Bieber dan juga Selena Gomez berkunjung ke kafe Starbucks di Texas baru baru ini. Rindu lettew. – TMZ