fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.516)

VIDEO HARI INI: Rakan rakan sekalian, The Hoverboard dari filem Back To The Future zaman kita remaja dahulu kini sudah menjadi realiti. Sila SMS/PM for best price. Terima kasih.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku Ultraman The Ultra Power, yang didapati mengandungi unsur unsur memudaratkan ketenteraman awam. Macam tidak masuk akal pun ada, Ultraman? – Astro Awani

Seperti Rozita Che Wan di Malaysia, Kim Kardashian memang tidak pernah lekang dari solekan mekap tebal dan penampilan beliau dikhalayak umum ketika menghadiri sesi ke gym baru baru ini dengan muka tanpa secalit mekap menarik perhatian ramai dan ya, cantik. – Us Weekly

Selepas berjaya menarik jumlah penonton dua kali lebih ramai berbanding program lain, NBC rangkaian TV tempat bernaung Jimmy Fallon memberikan syarat kepada para selebriti yang mahu tampil di The Tonight Show untuk tidak tampil di rangkaian TV lain. – TMZ

Tiada tanda kemaraan kumpulan ini akan terhenti, album terbaru 2NE1 berjudul Crush telah berjaya menembusi carta Billboard 200 dan menempatkan diri di kalangan 100 album paling laris ketika ini selain terus menguasi carta lagu Korea. – allkpop

Satu sebab lagi untuk anda mula meminati pelakon The Hunger Games ini, Jennifer Lawrence nampaknya tidak teragak agak untuk tampil seksi dan mengenakan busana tembus nampak tanpa memakai apa apa di bahagian dalam. Hehe. – Huff. Post