fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.515)

VIDEO HARI INI: Well, idea kreatif itu tiada sempadannya ‘kan? Ini Idina Menzel tampil di program lewat malam Jimmy Fallon untuk menyampaikan Let It Go dengan hanya diiringi instrumen asas yang biasanya digunakan oleh murid murid sekolah. Masih epik!

Selepas berita tentang kehamilan Scarlett Johansson tersebar, ramai peminat mula tertanya tanya bagaimana penggambaran filem Avengers: Age of Ultron kerana ianya dijadualkan bermula tidak lama lagi. Tiada watak Black Widow? Hmm. – EW

Dalam usaha memastikan para pekerja bebas denggi, CEO Metrowealth David Teo mewajibkan setiap kakitangannya melalui imbasan suhu sebelum memulakan kerja. – Astro Awani

Seorang lagi bintang The Avengers yang memegang watak Captain America, Chris Evans bercadang untuk berehat seketika dari dunia lakonan & perfileman selepas tamat kontrak dengan Marvel namun tidak menyatakan sebab kukuh. – Huff. Post

Pengacara program lewat malam kegemaran kami, Conan O’Brien bakal bergelar pengacara utama 2014 MTV Movie Awards yang akan berlangsung 13 April & mengumumkan tugas barunya itu di program beliau, Conan semalam. – People

Buat pertama kalinya sejak berita mereka berpacaran dengan pasangan masing masing diketahui ramai dua ahli Girls’ Generation (SNSD), YoonA & Sooyoung akan bercakap tentang teman lelaki mereka dalam program terbitan MBC, Healing Camp. – Soompi