fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.514)

VIDEO HARI INI: Sedikit bahan ilmiah untuk anda hari ini, jika selepas ini anda memesan pop corn untuk dibawa masuk ke panggung wayang, anda sudah tahu sejarahnya kini.

Pelakon popular ini bakal bergelar ibu tidak lama lagi selepas Scarlett Johansson yang berusia 29 tahun kini disahkan hamil dan ini bakal menjadi anak pertama bersama tunang, Romain Dauriac dan mereka tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat. – Us Weekly

Selepas dua tahun bercinta, Mary-Kate Olsen khabarnya kini sudah bergelar tunangan kepada kekasihnya yang hampir 17 tahun lebih berumur, Olivier Sarkozy selepas bintang remaja itu dilihat memakai sebentuk cincin berbatu besar di jarinya. – People

Kenyataan terbaru dari Cube Entertainment mengesahkan yang kumpulan pop Korea, 4minute akan kembali dengan album baru yang merupakan album mini kelima mereka pada April ini dan sedang menyiapkan proses akhir rakaman. – Soompi

Rakaman seks Marilyn Monroe yang dikatakan bakal dilelong telah ditarik semula dari acara lelongan yang bakal berlangsung esok kerana pemilik rakaman filem itu, William Castleberry telah berjaya selesaikan hutangnya berjumlah US$200,000. – TMZ

Selepas kontroversi isu khalwat yang melanda beliau tahun lalu, tunang Shah Jaszle sering dilabel sebagai membodohkan diri sendiri kerana terus setia namun pelakon itu tampil mempertahankan yang cinta gadis itu pada tidak pernah berubah. – Utusan Malaysia