fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.513)

VIDEO HARI INI: Tidak perlu faham bahasa Perancis untuk memahami aksi lucu dua jejaka bogel ini di atas pentas dengan hanya bertuala. Sedikit NSFW, perhati di mana boss anda.

Tahun lepada aktres ini jatuh di pentas ketika mahu mengambil trofi dan tahun ini tidak terkecuali, Jennifer Lawrence jatuh sekali lagi kali ini di karpet merah anugerah Oscars. – Just Jared

Tertangguh kerana masalah grafik akhirnya 2NE1 melancarkan video muzik rasmi untuk dua lagu mereka yang sedang mendominasi carta muzik Korea, Come Back Home dan Happy. – allkpop

Dan kepada anda yang terlepas menonton anugerah Oscars yang berlangsung semalam dengan penuh keseronokan dan gilang gemilang, ini senarai penuh pemenang yang didominasi oleh filem Gravity dengan membawa pulang tujuh trofi. – The Oscars

Sering diajukan soalan tentang anak, Fouziah Gous berkata bukan tidak gembira dengan pertanyaan orang tentang isu anak tetapi pelakon ini mengakui tidak meletakkan perkara tersebut sebagai keutamaan memandangkan masih baru berkahwin. – Utusan Malaysia

Pengacara malam kemuncak anugerah Oscars, Ellen DeGeneres mengambil selfie epik dengan barisan pelakon A-list seperti Julia Roberts, Brad Pitt, Meryl Streep, Jennifer Lawrence dan Bradley Cooper telah berjaya mencatat rekod sebagai tweet paling banyak di’retweet. – SMH