fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.512)

VIDEO HARI INI: Masih berpegang kepada azam tahun baru anda untuk kurus dan fit seperti Sharifah Sakinah? Ini kami ada cadangan teknik senaman untuk dimasukkan dalam jadual gym anda, The Lilly Ann Workout. Heh.

Legenda Hollywood, Marilyn Monroe mempunyai hubungan sulit dengan John F. Kennedy dan juga Robert F. Kennedy & ketika ini aksi seksual mereka yang dirakamkan dalam bentuk video kini dalam proses untuk dijual kepada umum. What? – TMZ

Pengarah filem The Journey, Chiu Keng Guan mengakui tidak pernah menyangka filem itu kini menjadi filem terlaris dalam sejarah selepas berjaya mengutip lebih RM13.5 juta dan berhasrat untuk mengarah filem Melayu suatu hari nanti. – Astro Awani

Selepas lapan minggu merajai carta filem terlaris, The Lego Movie telah disingkirkan dari takhta oleh filem terbaru Liam Neeson berjudul Non Stop dengan mengutip US$10 juta pada tayangan har pertama Jumaat lalu. Tua tua berisi katanya. – EW

Beberapa bulan senyap dari sebarang kemaskini di Twitter, Amanda Bynes yang kini bergelar pelajar jurusan fesyen kembali aktif di sana dan telah memadam semua status beliau yang menimbulkan kontroversi sebelum ini. – People

Kumpulan 2NE1 & Girls’ Generation (SNSD) mengumumkan yang mereka akan kembali ke pentas persembahan dengan lagu baru (comeback) dalam edisi akan datang program muzik SBS Inkigayo. Peminat harus tunggu & tonton. – Soompi