fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.511)

VIDEO HARI INI: Pertama kali tonton video ini minda kami tidak boleh memproses yang ini adalah video iklan untuk sebuah kedai barangan runcit. Superawesome!

Model berusia 21 tahun yang dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Justine Bieber, Chantel Jeffries berkata yang hubungan mereka setakat ini hanya sekadar kawan dan menafikan pernah melihat penyanyi itu menyalahguna dadah. – Just Jared

Album penuh studio terbaru kumpulan 2NE1 berjudul Crush telah berjaya mencapai status epik apabila menduduki tangga teratas kebanyakkan carta muzik Korea ketika ini selain hampir kesemua lagu berada dalam carta. – Soompi

Laporan dari mereka di dunia perfileman Hollywood menyebut yang bayaran diterima Sandra Bullock untuk membintangi filem Gravity kini mencecah US$70 juta termasuk 15% daripada hasil jualan tiket filem tersebut. – Huff. Post

Bintang siri TV Friends, Lisa Kudrow telahd diarahkan untuk membayar sejumlah US$1.6 juta kepada bekas pengurusnya selepas beliau gagal membayar komisyen sepatutnya kepada lelaki itu sepanjang bergelar pengurus. – TMZ

Kumpulan vokal klasik, Il Divo bakal singgah ke Malaysia pada 14 & 15 Mac 2014 ini untuk mengadakan konsert mereka di Arena of Stars, Resorts World Genting dan ini merupakan salah satu lokasi jelajah Asia, Amerika & Eropah mereka. – FZ