fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.510)

VIDEO HARI INI: Hari hari mengadap skrin telefon bimbit pintar atau tidak pintar anda, sesekali kena tahu juga sejarah peranti ini yang sudah masuk tahun ke 40 kewujudan. Soalan hari ini, sejak tahun berapakah anda mempunyai telefon bimbit?

Laporan yang masih hangat di media Hollywood ketika ini adalah berita perpisahan antara John Mayer & Katy Perry yang dikatakan terjadi beberapa hari lalu namun punca sebenar perpisahan mereka masih kabur. – E! Online

Pengarah konsert teaterikal Suara Kita, Erma Fatima menghormati permintaan Erra Fazira agar adegan intim melibatkan beliau dengan Awie dikurangkan dalam teater berkenaan untuk menghormati tempoh edah. – mStar Online

Dalam perbicaraan kes tuntutan nafkah anak dengan bekas isterinya Dayanara Torres, Marc Anthony mengakui yang pendapatan peribadi beliau mencecah US$1.25 juta sebulan dan dirinya sendiri mempunyai aset bernilai US$20.8 juta. – TMZ

Selepas lama senyap tanpa sebarang lagu baru, kumpulan Coldplay awal hari ini melancarkan single terbaru berjudul Midnight sekali dengan video muziknya dalam format hitam putih arahan Mary Wigmore. Sedap juga dan bolehlah mengubat rindu peminat. Heh. – THR

Bintang program variasi popular, Running Man kini sedang berada di Australia bersama artis jemputan mereka Rain dan Kim Woo Bin untuk menjalani penggambaran yang buat pertama kali diadakan di luar benua Asia. – Soompi