Untuk apa dan atas sebab apa kami sendiri kurang faham tetapi selebriti Indonesia, Julia Perez mendakwa beliau mampu menjilat bara api yang sedang hmm membara. – Kapan Lagi

Di Malaysia, kedai kedai muzik seluruh Kuala Lumpur melaporkan yang album Whitney Houston laris terjual berikutan kematian mengejut penyanyi itu semalam. – New Straits Times


Selebriti muzik elektronik, Deadmau5 memakai baju yang tertera nombor telefon seorang lagi pemuzik elektronik dubstep terkenal, Skrillex sebagai gurauan di majlis anugerah Grammy malam tadi. – Washington Post

Berlainan dengan Katy Perry, beliau menggunakan platform majlis anugerah Grammy 2012 malam tadi untuk memperkenalkan single terbaru beliau berjudul Part Of Me. Lebih bijak. – Just Jared

Gambar terbaru Scarlett Johansson (gambar) dalam persalinan bikini penuh seksi telah menjadi perbualan hangat di Hollywood kerana kehadiran selulit di beberapa bahagian badan aktress tersebut. – The Superficial