fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.506)

VIDEO HARI INI: Bukan sedikit usaha kreatif dan idea dicurahkan untuk jayakan video mashup lagu Pharrell Williams, Happy & Get Lucky. *berdiri & tepuk tangan kekaguman*

Pasangan selebriti, Leighton Meester dan Adam Brody khabarnya telah pun melangsungkan perkahwinan secara rahsia selepas lama senyap tanpa khabar berita tentang hubungan mereka namun tiada maklumat lain yang didedahkan. – US Weekly

Nampaknya penyanyi ini semakin giat mencipta nama di negara China selepas khabar terbaru mengatakan Shila Amzah kini sedang bersaing program I Am Singer, sebuah realiti TV untuk penyanyi yang sudah punya nama. – Murai

Penyanyi, Brian McKnight telah kemukakan saman terhadap akauntan peribadi selepas syarikat itu gagal melaksanakan tugas untuk membayar cukai peribadi beliau kepada kerajaan Amerika Syarikat dan jumlahnya kini melebihi US$1 juta. – TMZ

Marvel telah melancarkan trailer rasmi pertama untuk Guardians of the Galaxy, filem sci-fi super-hero yang bakal muncul di pawagam kelak menampilkan Chris Pratt, Zoe Saldana & John C. Reilly. Saksikan sekarang!- Huffington Post

Entah kenapa ini menjadi bahan berita di Korea namun media di sana melaporkan yang Suzy dari miss A telah sah akan menghadiri konsert Avril Lavigne di Seoul kelak dan akan bertemu dengan penyanyi itu di belakang pentas. – Soompi