fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.505)

VIDEO HARI INI: Kamera hadapan (dash cam) kereta di Rusia sering kita lihat merakam kejadian brutal dan ngeri — ini sisi positif dan penuh kemanusiaan yang berjaya dirakamkan oleh mereka di sana. Faith in humanity restored.

Pelakon popular & bintang hip hop era 90’an, Will Smith menjadi tetamu selebriti pertama ke episod sulung The Tonight Show with Jimmy Fallon & bersama hos popular itu tampil untuk video parodi (?) Evolution of Hip-Hop Dancing. Ball! – Just Jared

Beberapa sumber terdekat dengan Katy Perry & John Mayer menafikan yang mereka berdua sudah bertunang selepas timbul khabar angin apabila ada mata melihat pasangan ini meninggalkan sebuah hotel bersama pada hari Valentine lalu. – US Magazine

Tiga ahli kumpulan Super Junior, Shindong, Eunhyuk & Sungmin akan menyampaikan sebuah syarahan secara bersama tentang impak dunia hiburan k-pop kepada dunia di National Assembly of Korea pada 20 Februari ini. – Soompi

Selepas teraju utamanya Chiweetel Ejiofor memenangi Best Actor di malam anugerah BAFTA, filem 12 Years a Slave telah disebut sebut sebagai calon terbaru untuk membawa pulang gelaran filem terbaik di anugerah Oscar pula nanti. – Mirror UK

Bekas isteri kepada pengacara Jimmy Shanley, Nur Suhaila memberitahu mahkamah bahawa bekas suaminya itu tidak mampu menjaga anak dengan baik & anak masih kecil dijadikan alasan hak bermalam tidak sesuai diberikan kepada bekas suaminya itu. – Sinar Harian