fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.504)

VIDEO HARI INI: Anda mungkin sudah banyak dengar versi tersendiri lagu Let It Go dari filem Frozen ini namun versi Alex Boyé & One Voice Children’s Choir merupakan yang terbaik pernah kami dengar setakat ini.

Semua sedia maklum yang filem sekuel Pitch Perfect 2 bakal menjadi kenyataan dan salah seorang teraju utama, Rebel Wilson berkata yang beliau mahukan penyanyi rap popular, Drake sebagai pasangan bercinta beliau dalam filem itu nanti. – TMZ

Universal Studios telah melancarkan trailer pertama untuk filem Unbroken arahan pertama Angelina Jolie yang dianggap tepat ketika berlangsungnya Olimpik musim sejuk kerana filem itu ada berkisarkan seorang atlet sukan Olimpik. – Deadline

Teraju utama filem Sejoli, Remy Ishak berkata yang beliau hampir menolak tawaran Osman Ali untuk terlibat dengan filem tersebut kerana mahu berehat selepas habis terlibat dengan satu penggambaran lain. – Sinar Harian

Filem stop motion (animasi?) terbaru kegemaran kita semua, The Lego Movie telah berjaya mendahului kutipan filem di Hollywood buat minggu kedua berturut turut dan berjaya mengutip US$48.8 juta sepanjang minggu. – Huff. Post

Drama bersiri eksklusif di Netflix, House of Cards menjadi bualan ramai sepanjang hujung minggu lalu dan pelakon utamanya, Kevin Spacey berkata apa yang dipaparkan menerusi drama itu tidak jauh dari politik sebenar Amerika Syarikat. – Washington Post