fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.503)

VIDEO HARI INI: Semua orang tahu yang model dalam mana mana majalah memang terima sentuhan Photoshop, namun masih ramai wanita memandang ianya sebagai rupa ideal. Apa jadi jika perkara sama dilakukan kepada wanita biasa?

Kalau anda terlepas, berita paling besar di Hollywood hujung minggu lalu adalah pengakuan bintang filem Juno, Ellen Page yang mengakui dirinya seorang lesbian atau gay — jangan keliru pelakon ini dengan pengacara popular, Ellen DeGeneres. – Just Jared

Bersempena dengan sambutan hari Valentine satu kajian sosial menunjukkan yang ahli kumpulan Big Bang, T.O.P menjadi pilihan ramai sebagai teman lelaki paling dikehendaki ramai gadis di Korea diikuti rakannya, G-Dragon. – Soompi

Pada hari Valentine yang lalu, Christina Aguilera melalui akaun Twitter mengumumkan yang beliau kini bergelar tunangan kepada kekasihnya selama 3 tahun Matt Rutler dan turut kongsikan gambar cincin tunang mereka. Sweet!US Magazine

Dua orang lelaki telah tampil kemukakan saman terhadap pengarah filem terkenal, Spike Jonze kerana dikatakan mengambil idea mereka pada tahun 2011 yang kemudiannya menjadi kisah asas dalam filem Her. Idea, semua orang boleh ada ‘kan? – TMZ

Terbuka hati untuk mengenakan hijab secara penuh selepas pulang mengerjakan umrah baru baru ini, Rabecca Nur al-Islam mengakui tidak banyak baju menutup aurat & kini mula menjual semua koleksi baju seksinya kepada peminat. – Sinar Harian