fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.499)

VIDEO HARI INI: Kreatif sungguh artis Youtube bernama Sam Tsui ini gabungkan dua lagu hits ketika ini yang membawakan tema yang sama Let It Go dari filem Frozen dan Let Her Go dendangan asal Passenger. Dengarkan.

Tidak salah kalau kami katakan yang dunia tenis wanita seakan tidak sama tanpa klibat beliau namun risau jangan, Anna Kournikova kembali tampil seksi melalui sebuah majalah terbaru untuk tatapan anda semua. – Hollywood Tuna

Nampaknya Jennifer Aniston akan berlakon membawakan watak serius melalui filem Cake yang bakal diterbit berdasarkan skrip Black List oleh Patrick Tobin dan merupakan filem usahasama syarikat dari USA dan juga China. – Vulture

Duo pereka fesyen terkenal, Wanpa menafikan yang baju dipakai oleh Neelofa ketika malam Anugerah MeleTOP Era direka oleh mereka dan mendakwa mereka hanya menolong pengacara itu memakai pakaian itu di belakang pentas atas dasar persahabatan. – GUA

Penyanyi Marc Anthony dan (bekas) teman wanitanya, Chloe Green telah dilaporkan putus cinta selepas bersama selama setahun dan sumber terdekat menyebut jadual kerja masing masing yang sibuk sebagai punca. – US Magazine

Seorang lagi ahli kumpulan SHINee akan menyertai program We Got Married namun untuk kali ini, Key akan menyertai We Got Married Global Edition musim kedua yang menyasarkan penonton global (obviously). – Soompi