fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.498)

VIDEO HARI INI: Kalau anda mengalami monday blues hari ini, sila main Flappy Bird (kalau anda sempat muat turun) dan lagu ciptaan Jonathan Mann memang kena dengan perasaan sesiapa yang pernah main. Heh.

Nampaknya dunia perlukan hero baru selepas Will Smith mengambil keputusan tidak akan kembali memegang watak utama untuk filem sekuel Independence Day yang berjaya mengutip US$817 juta pada tahun 1996. Aaron Aziz boleh ganti? – Daily Mail

Sebagai sokongan kepada status Monday Couple mereka, Kang Gary telah muncul sebagai watak sampingan dalam drama TV terbaru berjudul Emergency Couple yang dibintangi Song Ji Hyo dalam episod terbaru. – Soompi [VIDEO]

Filem yang sedang hangat ditayangakn di pawagam, The Lego Movie berjaya mengutip US$17.1 juta pada tayangan Jumaat lalu di Amerika Syarikat, jauh lebih tinggi dari jangkaan ramai dan turut dijangka menjadi filem terlaris sepanjang hujung minggu. – EW

Walaupun membawakan watak yang memang ketagih dengan penggunaan dadah terlarang dalam The Wolf of Wall Street, Leonardo DiCaprio yang mengakui tidak pernah menyentuh dadah walaupun diuji dalam kehidup Hollywood. – US Magazine

Berjaya memenangi tempat pertama dalam persaingan Maharaja Lawak Mega 2013 tidak bermakna yang Rahim akan terus menyertai kumpulan Sepahtu kerana menganggap gabungan mereka hanya satu projek khas. Alaaaa. – GUA