fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.494)

VIDEO HARI INI: Ini merupakan trailer terbaru untuk filem sekuel The Amazing Spider-Man 2 yang menampilkan Electro sebagai musuh dan filem ini akan ke pawagam sekitar Mei 2014.

Pelakon popular, Remy Ishak berkata yang beliau kini akan lebih memilih atau pun selektif terhadap filem dan drama yang bakal dilakonkan di masa hadapan sesuai dengan kematangan dirinya dalam industri hiburan. – Murai

Tampil berbogel sebagai penghias muka hadapan majalah W terbaru, Miley Cyrus berkata yang lambakan media sosial kini membuatkan semua orang mahu bertindak sebagai paparazzi dan itu sesuatu yang menakutkan. – Just Jared

Pengarah filem Hollywood, Woody Allen berkata dakwaan yang beliau melakukan gangguan seksual oleh anak angkatnya Dylan Farrow ketika berusia 7 tahun sebagai sesuatu yang memalukan selain menafikan semuanya. – BBC News

Pelakon remaja Korea berusia 13 tahun, Kim Sae Ron baru baru ini menjadi perhatian ramai selepas gambar beliau menghisap rokok dan minum minuman keras tersebar namun gadis itu menafikan perkara itu & menganggap ianya satu fitnah. – Soompi

Persembahan separuh masa Bruno Mars di perlawanan Super Bowl XLVII hujung minggu lalu mendapat reaksi positif dari ramai peminat yang terpesona dengan bakat penyanyi itu, dan tariannya oh sangat hebat. – Huffington Post