fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.493)

VIDEO HARI INI: Dengarkan lagu klasik Michael Jackson (ya, klasik), Billie Jean yang dimainkan menerusi ukulele oleh James Hill. Nampak mudah namun sebenarnya artis berbakat ini bermain tiga bahagian serentak.

Kalau anda terlepas siaran langsung anugerah Grammy semalam, lihat senarai penuh pemenang di sini manakala persembahan pembukaan yang epik oleh Beyoncé & Jay-Z di sini dan gaya para selebriti di atas karpet merah di sini. – Just Jared

Oh satu lagi perkara menarik tentang anugerah Grammy semalam adalah ketika persembahan Macklemore & Ryan Lewis bersama Madonna telah diadakan majlis perkahwinan untuk 33 pasangan sejenis dan juga normal. Agak kontroversi, namun terpuji. – THR

Jaclyn Victor yang berjaya memecah monopoli Hafiz Suip dalam kategori vokal terbaik AJL 28 berkata kehadiran rakan rakan penyanyi ketika persembahan hujung minggu lalu adalah sesuai dengan lagu kerana semua mereka adalah wanita yang kuat. – GUA

Jenama kesihatan kulit Proactiv memberi nasihat kepada Justin Bieber untuk memperbetulkan keadaan yang semakin caca marba & membaiki kulit wajahnya dengan menghantar beberapa produk untuk digunakan penyanyi itu. Pandai. – TMZ

Dalam beberapa gambar di sebalik tabir, YoonA (SNSD) kelihatan sentiasa memegang skrip untuk drama lakonannya Prime Minister and I dan tidak hairanlah sifat suka dampingi skrip ini membuahkan hasil lakonan yang terpuji. – Soompi