fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.493)

VIDEO HARI INI: Januari hampir ke penghujung dan jika anda masih mencari motivasi untuk memperbaiki tahun ini, video ucapan Arnold Schwarzenegger & Les Brown ini wajar anda tonton sebagai pembakar semangat.

Kerajaan Kelantan memuji tindakan penyanyi popular wanita, Shazrina Azman atau Mizz Nina yang mengehadkan persembahan di khalayak wanita sahaja dan pendirian tersebut dilihat menepati syariat agama Islam. – Sinar Harian

Pengarah terkenal di Hollywood, Quentin Tarantino telah mengambil tindakan untuk menyaman Gawker Media yang telah secara tidak langsung menyiarkan skrip filem The Hateful Eight yang terbocor & kini projek itu terbatal. – EW

Bintang siri popular Glee, Lea Michele telah melancarkan single terbaru berjudul What Is Love buat para peminat beliau yang turut dimuatkan dalam album terbarunya Louder. – Huffington Post

Penyanyi utama kumpulan Busker Busker, Jang Bum Joon telah mengesahkan yang beliau bakal mengahwini kekasihnya Song Ji Soo pada April ini dan pasangan ini juga sedang menanti kelahiran anak pertama. – Soompi

Penyanyi yang enam bulan diisytihar muflis kerana hutang lebih US$50 juta, Toni Braxton telah membeli sebuah rumah mewah bernilai US$3 juta di kejiranan yang turut didiami Justin Bieber sekitar Calabasas, California. How? – TMZ