fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.492)

VIDEO HARI INI: Untuk gadis gadis penuh keliru di luar sana, video ini menunjukkan apa yang lelaki akan buat untuk menjadi kawan atau lebih dari sekadar kawan. Nice ending!

Berbeza dengan laporan awal yang mengatakan penyanyi ini mahu terus bersara, Mizz Nina berkata yang beliau mengambil keputusan untuk menyanyi kepada penonton wanita sahaja selepas ini. Langkah yang bagus! – Sinar Harian

Nampaknya keghairahan peminat sudah bermula selepas poster teaser pertama untuk filem adaptasi novel popular, 50 Shades of Grey dilancarkan dan filem ini akan ke pawagam sekitar Februari 2015. – Just Jared

Bintang filem The Wolf of Wall Street, Leornado DiCaprio tampil mengejutkan Jonah Hill di pentas Saturday Night Live hujung minggu lalu dan pasangan itu melakonkan semula aksi ikonik dari filem Titanic. Semestinya. – THR

Ketika berlangsungnya konsert 2014 Big Bang +A di Seoul baru baru ini, G-Dragon membuat satu pengumuman penuh kejutan mengatakan yang Big Bang akan membuat kemunculan kembali sekitar musim panas hadapan. – Soompi

Ditangkap polis dan meringkuk di lokap bukan penghalang untuk Justin Bieber terus menjalani kehidupan selepas penyanyi remaja popular ini dilihat bersantai bak tiada masalah di sebuah pantai di Panama. – People