VIDEO HARI INI: Siapa yang tidak kenal Bill Gates, pencipta perisian yang anda sedang gunakan untuk membuang masa di sini — beliau tampil kelakar untuk mempromosikan laman webnya, GatesLetter.com — billionaire paling selamba yo!

The Cosby Show pada tahun 1984 berjaya menaikkan nama NBC dalam dunia komedi dan hari ini rangkaian TV itu bakal kembali mencuba nasib dengan memberikan Bill Cosby slot 30 minit — akan berjayakah pertaruhan kali ini? – Deadline


Pendatang baru dunia hiburan, Nina Iskandar menafikan yang beliau mempunyai hubungan istimewa dengan anak lelaki kepada Datuk K, Adib Khalid dan berkata yang jejaka itu hanyalah salah seorang peminatnya. – Malaysian Digest

David Rooney di The Hollywood Reporter telah menyaksikan filen sekuel The Raid 2 dan menulis pandangan beliau yang berkata filem asal Indonesia ini lebih epik dan padat dari segi aksi. Kami jadi tidak sabar untuk menonton.

Dua hos rancangan TV paling berpengaruh di Korea Selatan, Kang Ho Dong & Yoo Jae Suk berkemungkinan besar akan bergandingan untuk muncul dengan sebuah program variasi baru untuk siaran setiap Ahad di rangkaian SBS. – Soompi

Sebenarnya bukan sesuatu yang mengejutkan untuk selebriti kaya seperti Paris Hilton untuk memiliki kereta mewah namun hari ini beliau sendiri mendedahkan yang ketika ini beliau memiliki 6 buah kereta mewah. Enam! – TMZ