VIDEO HARI INI: Untuk mempromosi kempen hidup sihat, pelakon terkenal Hollywood Arnold Schwarzenegger telah tampil menyamar dengan bekerja di sebuah gimnasium dan lihat beliau berinteraksi dengan orang ramai.
Pelakon yang terkenal dengan komedi sinis, Sacha Baron Cohen khabarnya telah dilamar untuk muncul dalam filem sekuel Alice in Wonderland 2 dan bakal menyaksikan beliau bergandingan dengan Johnny Depp. – The Hollywood Reporter
Isteri pelakon Amar Asyraf iaitu Arna Salleh kini telah disahkan hamil tiga bulan setengah dan menurut pelakon yang popular menerusi drama Setia Hujung Nyawa kehamilan isterinya sudah diketahui sejak November lalu. – Utusan Malaysia
Jonah Hill hanya mengambil bayaran minimum sebanyak US$60,000 untuk berlakon dalam The Wolf of Wall Street kerana beliau sangat inginkan watak tersebut dan mahu bekerja dengan Martin Scorsese & kini beliau tercalon untuk Oscar. – E! Online
Pasangan penulis skrip Stephanie Counts dan Shari Gold telah mengemukakan tuntutan mereka terhadap penerbit New Girl dengan mendakwa siri popular itu merupakan hasil plagiat skrip asal yang ditulis mereka. Alaaa. – Huff. Post
Ahli kumpulan SISTAR, Dasom berkata beliau kini dalam rejim diet yang cukup ekstrim di mana hanya menjamah satu hidangan setiap hari iaitu sekitar 4.00 petang, untuk makan tengahari dan malam sekaligus. – Soompi