fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.489)

VIDEO HARI INI: Dengan isu seorang ahli politik negara & Jepun, video ini walaupun tiada kena mengena tetapi indah untuk dilihat — kehidupan di bandar besar Tokyo.

Ibu kepada penyanyi Ke$ha mendedahkan yang selebriti itu hampir mati sebelum dimasukkan ke pusat pemulihan kerana mengalami tabiat makan yang melampau dan mengalami tekanan dari orang sekeliling tentang berat badannya. – Huff. Post

Menampilkan cinta sejenis sebagai konflik dalam video klip untuk lagu Bukan Wanita Sempurna, Ning Baizura bimbang para peminat akan anggap beliau menyokong hubungan sejenis dan seterusnya mencipta kontroversi. – Murai

Seorang remaja berusia 18 tahun yang mendakwa dikasari oleh Kanye West minggu lalu telah meminta wang tunai ratusan ribu dollar sebagai syarat untuk selesaikan dakwaan terhadap penyanyi itu di luar mahkamah. – TMZ

Pelakon popular Korea, Lee Jong Suk mendedahkan yang minat menonton drama di televisyen ketika remaja terutamanya siri Full House mendorong beliau untuk mencuba nasib sebagai pelakon dalam industri hiburan di sana. – Soompi

Laporan terbaru menyebut yang pasangan berkuasa dunia muzik Hollywood, Beyonce & Jay-Z akan tampil bersama membuat persembahan di pentas anugerah Grammy yang akan berlangsung hujung minggu ini. – US Magazine