VIDEO HARI INI: Pada 1927, Claude Friese-Greene mengembara merentas United Kingdom dengan sebuah kamera filem yang cukup canggih pada masa itu & mengakhiri hari beliau di sana dengan merakam suasana kota London. Simon Smith merakam semula dengan jejak yang sama hari ini, dengan teknologi moden — 80 tahun terpisah.
Ingat Miley Cyrus sahaja mampu berbogel? Penyanyi & pelakon Jared Leto tampil berbogel untuk sessi fotografi bersama jurugambar terkenal, Terry Richardson. Aumm! – Just Jared
Pelakon dan penerbit Aqasha mengamalkan sikap pilih bulu terhadap pelakon wanita baharu yang ingin digandingkan dengannya pada masa hadapan kerana faktor usia dirinya yang semakin matang & bukan kerana memilih bakat. – mStar Online
Adik kepada Jessica Simpson, Ashlee Simpson mengumumkan yang dirinya kini sudah bergelar tunangan kepada anak lelaki ikon muzik, Diana Ross bernama Evan. – ABC News
Bintang filem aksi Hong Kong, Jackie Chan dijadualkan bakal muncul dalam program variasi terkenal Korea, Happy Together bersama dengan ahli terpilih dari Super Junior, Girl’s Generations & Brown Eyed Girls. Pasti menarik! – Soompi
Pelakon veteran Hollywood, Michael Douglas telah sah bakal membintangi filem superhero baru Marvel Studio, Ant-Man sebagai Hank Pym di samping Paul Rudd yang telah disahkan membawa watak Scott Lang. – Huff. Post