fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.483)

VIDEO HARI INI: Elizabeth Tan merupakan bakat baru di Youtube yang mula mendapat perhatian di media sosial & kini lebih ramai memerhati. Ini rendisi beliau untuk Havoc bersama penyanyi asal, Joe Flizzow di studio Fly FM semalam.

Muncul di program bual bicara Ellen untuk mempromosi filem The Wolf of Wall Street, Leonardo DiCaprio turut berkongsi saat cemas beliau terperangkap dalam sangkar laut bersama seekor jerung putih sekitar tahun 2006 dulu. – Just Jared

Filem lakonan Sandra Bullock, Gravity mendahului senarai pencalonan untuk anugerah British Academy of Film and Television Arts (BAFTA) dengan 11 kategori diikuti oleh American Hustle & 12 Years a Slave dengan 10 pencalonan. – BBC News

Media berpengkalan di Amerika Syarikat, Huffingtan Post telah senaraikan penyanyi Malaysia iaitu Yuna atau Yunalis Zarai sebagai salah seorang artis yang perlu diberi perhatian peminat muzik untuk tahun 2014. – The Star

Muzik pop Korea Selatan nampaknya mula bertapak hebat di Amerika Syarikat dan 2014 SXSW Music Festival yang akan berlangsung Mac ini bakal menyaksikan kehadiran HyunA, Jay Park dan ramai lagi membuat persembahan khas. – Soompi

Media yang fokus kepada muzik di Amerika Syarikat, The Source pula telah memilih Macklemore sebagai Man of the Year selepas kejayaan besar lagu beliau seperti Thrift Shop, Can’t Hold Us dan Same Love termasuk tujuh pencalonan Grammy. – Huff. Post