fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.482)

VIDEO HARI INI: Kita perlu letak lebih banyak jaring ketam dengan dilengkapi kamera GoPro ke dasar laut, seperti yang dilakukan mereka ini. Heh.

Penyanyi UK, Lily Allen berkata beliau menyesal tidak menerima tawaran menyanyi yang ingin membayar beliau dalam ratusan ribu Bitcoin lima tahun lalu dan nilai ratusan ribu Bitcoin itu hari ini boleh mencecah lebih US$450 juta. – Mashable

Pasangan selebriti yang sedang hangat bercinta di Korea, Lee Seung Gi dan YoonA (SNSD) dilaporkan tinggal tidak jauh dari kediaman masing masing dan laporan juga menyebut jarak antara mereka hanya 800 meter. Gigih ukur. – Soompi

Memang tiada daya kreatif agaknya pelakon bernama Shia LaBeouf ini apabila beliau sekali lagi terlibat dengan isu meniru tetapi kali ini meniru ayat di Twitter dari seorang rapper bernama Gucci Mane yang ditulis September lalu. Ooh oh. – US Magazine

Filem animasi Frozen kini menjadi filem kedua terlaris dikeluarkan Disney selepas The Lion King dengan mengutip US$640 juta di seluruh dunia dan kini berada dalam minggu keenam tayangan. Masih belum ‘cair’ lagi filem ini di mata penonton. – THR

Pasangan yang sama sama membintangi American Horror Story, Emma Roberts & Evan Peters kini telah sah bertunang selepas jejaka itu melamar gadis berusia 22 tahun itu di New York sebelum terbang ke London untuk sambutan tahun baru. – People