VIDEO HARI INI: Kalaulah laporan kaji cuaca kita di Malaysia boleh se-awesome ini. Heh.

Digandingkan buat pertama kali menerusi drama Projek Memikat Suami, Aiman Hakim Redza memuji bakat lakonan Emma Maembong walaupun baru dalam dunia seni dan banyak membantu dirinya dalam menghayati watak dan komunikasi. – Sinar Harian


Jumaat lalu, Justin Bieber telah mengirimkan sekeping gambar beliau bersama Selena Gomez melalui Instagram dan menguatkan lagi spekulasi yang mengatakan hubungan mereka kini kembali bertaut. Oh Selena. – Just Jared

Dalam satu temubual terbaru, Idris Elba menjelaskan yang beliau tidak akan memegang watak James Bond walaupun ramai peminat harapkan begitu & turut berkata apa yang berlaku semuanya adalah salah faham dna khabar angin belaka. – Huff. Post

Salah seorang ahli tetap program variasi popular Korea Running Man, Lee Kwang Soo telah hadir ke Malaysia untuk sesi bertemu para peminat pada hujung minggu lalu dan ini gambar beliau ketika berada di sini. – Beautiful Nara



Filem seram terbaru Paranormal Activity: The Marked Ones telah berjaya mengaut kutipan tiket sebanyak US$8.7 juta pada hari Jumaat lalu dan mungkin menjadikan filem ini di kedudukan nombor satu carta untuk hujung minggu. – EW