Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.48)
Kumpulan Peterpan mengganti penyanyi utama mereka yang kini masih berada di’penjara, Ariel? Ya, tetapi hanya untuk konsert tribute khas mereka buat peminat di Indonesia. – Kapan Lagi
Pelakon muda yang semakin mencipta nama, Joseph Gordon-Levitt merancang untuk bergelar penulis & pengarah filem. – GTS
Russell Brand untuk pengetahuan anda layak untuk menerima lebih US$20 juta daripada harta Katy Perry hasil penceraian mereka baru baru ini & khabarnya lelaki ini tidak berminat walau sesen pun dari jumlah besar itu. – TMZ
Hollywood nampaknya bakal menerima pasangan bercinta baru apabila Zac Efron & Lily Collins (gambar) di’katakan menikmati makan malam romantik bersama baru baru ini. – People
Selepas berjaya memenangi gelaran Juara Lagu baru baru ini, pihak Astro kini berminat untuk menerbitkan sebuah filem penuh berdasarkan jalan cerita Awan Nano ciptaan M Nasir & Budi Hekayat itu. – GUA