fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.477)

VIDEO HARI INI: Azam tahun 2013 ingin pandai menari tetapi masih belum buat apa apa? Masih ada masa dan anda hanya perlu tonton video di atas. Ya, sama sama.

Kanye West dalam masalah lagi & kali ini melibatkan sample yang digunakan dalam lagu Bound 2 yang mana didakwa telah digunakan tanpa kebenaran penyanyi asal lagu tersebut yang keluar sekitar tahun 1971. – Entertainment Weekly

Filem hits lakonan Robert Downey Jr, Iron Man 3 telah dinobatkan sebagai filem paling laris untuk tahun 2013 apabila berjaya mengutip US$1.2 billion selepas ditayangkan di seluruh dunia dan kalahkan Despicable Me 2 dengan US$918.4 juta. – Contact Music

Pelakon Zahiril Adzim mengakui kehidupannya banyak berubah sejak kehadiran cahaya mata sulung yang diberi nama Nadi Anaqi dan isterinya Shera seorang yang pandai menjaga anak dan masih belum yakin untuk mengambil pembantu rumah untuk menjaga anak mereka. – GUA

Jika Malaysia ada Soo Wincci sebagai wakil dalam senarai wanita tercantik dunia, dunia hiburan Korea mempunyai 14 orang wanita termasuk Nana, Taeyeon & Suzy yang tersenarai dalam senarai 100 Most Beautiful Faces of 2013. – Soompi

Pasangan penyanyi yang mula bercinta selepas merakamkan lagu duet Almost Is Never Enough, Ariana Grande dan Nathan Sykes dikhabarkan telah berpisah beberapa minggu lalu dan sumber menyebut yang mereka berdua sudah tidak berminat untuk terus bercinta. – US Weekly