fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.476)

VIDEO HARI INI: Apa yang sudah anda lakukan sepanjang 2013? Kompilasi video video terbaik di Youtube untuk tahun 2013 ini buat kami tertekan kerana merasakan tidak cukup awesome dan aktif sepanjang tahun ini. Hmm.

Jadual asal mengatakan yang filem Fast & Furious 7 akan ke pawagam pada July 2014 namun dengan pemergian Paul Walker baru baru ini, Vin Diesel mengesahkan yang filem itu tetap akan keluar dan mempunyai tarikh baru iaitu April 2015. – CNN

Pelakon Johan As’ari berkata beliau tidak pernah membenci Shila Amzah dan pernah cuba menghubunginya untuk bertanya khabar selepas kontroversi Lana Nordin tetapi penyanyi itu telah menukar nombor telefon. – mStar Online

Ini senarai 25 poster terbaik filem Hollywood sepanjang tahun 2013. – Entertainment Weekly

Suasana sejuk ekstrim di lokais percutian Aspen tidak menghalang Mariah Carey untuk keluar berjalan bersama anjing kesayangan sambil memakai bikini cukup minima dan mengatakan ianya satu tradisi, oh ya tradisi. – Huffington Post

Pelakon Winter Sonata, Bae Yong Joon mengakui yang beliau menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita berusia 27 tahun yang juga bukan selebriti dan hubungan antara mereka sudah berlangsung selama tiga bulan. – Soompi