Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.475)

VIDEO HARI INI: Selepas video Jean-Claude Van Damme bersama trak Volvo menjadi popular, Chuck Norris bikin video balas yang lebih epik menampilkan aksi beliau membuat split di antara dua kapal terbang. Sila percaya, ianya real.

Pelakon Adi Putra menolak untuk memberikan komen tentang penceraian antara wanita yang didakwa terlibat dengan skandal beliau, Nooraida dan suaminya baru baru ini. – Sinar Harian

Bintang remaja, Selena Gomez telah membatalkan konsert jelajah Star Dance beliau di Asia dan Australia yang dijadualkan berlangsung awal tahun hadapan dan ini termasuk Malaysia kerana ingin berehat & atas sebab sebab peribadi lain. – Music Times

Dalam satu temubual terbaru bintang pop Korea, Rain berkata yang beliau sudah hafal dan mahir dengan tarian lagu lagu IU kerana lagu penyanyi itu sering dimainkan ketika beliau berada dalam latihan khidmat negara. – Soompi

Pihak Marvel baru baru ini telah mengesahkan yang Vin Diesel akan menjayakan filem Guardians of the Galaxy dan bakal membawa watak pokok gergasi bernama Groot. – THR

Pengacara popular, Ellen DeGeneres mengaku yang beliau bekerjasama dengan pengarah filem Bridemaids, Paul Feig mempromosi filem itu untuk Academy Awards kerana mahukan watak dalam sekuel Bridemaids 2 kelak. – Huffington Post