fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.473)

VIDEO HARI INI: Iklan terbaru dari pembikin iPhone, Apple cukup buat kami terharu. Lengkap dengan semangat kekeluargaan dalam musim cuti ini, mungkin musim raya tahun hadapan kita semua boleh buat perkara sama.

Beberapa hari selepas Paul Walker aman bersemadi, seorang pengumpul kereta dari Jerman meletakkan Nissan Skyline GT-R berwarna biru yang pernah digunakan pelakon itu dalam filem Fast & Furious pada tahun 2009 dengan harga bermula US$1 juta. – Huff. Post

Dalam satu temubual terbaru, bintang remaja Justin Bieber berkata yang beliau akan bersara dari dunia hiburan selepas keluarkan album terbaru selepas ini namun wakil penyanyi ini menafikan kenyataan itu sebagai sesuatu yang serius. – TMZ

Peserta dengan vokal cukup mantap, Tessanne Chin telah dinobatkan sebagai pemenang musim terbaru The Voice yang turut menyaksikan persembahan jemputan bertenaga dari Lady Gaga, Celine Dion dan ramai lagi. – Entertainment Weekly

Pelakon Red 2, Bruce Willis dan isterinya Emma Heming-Willis kini dilaporkan sedang menanti kelahiran anak kedua mereka dan kelima buat aktor itu selepas kelahiran Mabel Ray yang kini sudah berusia 20 bulan. – People

Buah hati internet, Jennifer Lawrence berkata yang tindakan menggelar selebriti atau mana mana individu sebagai gemuk di kaca televisyen sepatutnya diharamkan kerana ianya sesuatu yang memalukan buat sesiapa pun. – US Magazine