fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.469)

VIDEO HARI INI: Kerana lelaki ini hebat, kerana cinta itu tidak ternilai. Best husband evah!

Bintang siri TV Private Practice, Taye Diggs dilaporkan telah berpisah dengan isterinya Idina Menzel selepas berkahwin selama 10 tahun dan wakil kedua mereka tidak mendedahkan punca perpisahan yang mengejutkan ini. – Just Jared

Filem hebat 12 Years a Slave dan American Hustle mendahului pencalonan untuk 2014 Golden Globes Awards dengan menerima tujuh pencalonan masing masing dan ini senarai penuh pencalonan tahun ini, tampak sengit. – LA Times

Bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan berkata yang beliau merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya kini Zarema Zainal sekitar tahun hadapan dan ada sumber mengatakan yang majlisnya akan berlangsung sekitar Mac 2014. – Media Hiburan

Mendiang Paul Walker telah dianugerahkan tali pinggang hitam (black belt) kehormat oleh guru Jiu-Jitsu beliau, Ricardo ‘Franjinha’ Miller yang telah melatih pelakon itu sepanjang siri filem Fast & Furious selama 9 tahun. – US Magazine

Bekas suami Britney Spears, Kevin Federline kini sedang menanti kelahiran anak beliau yang keenam selepas isterinya Victoria Prince kini sedang hamil 6 bulan dan ini merupakan anak kedua mereka bersama. Papa hebat! – TMZ