fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.465)

VIDEO HARI INI: Walaupun kita di Malaysia ini melihat berbasikal lebih kepada aktiviti sukan berbanding satu pengangkutan, idea bernas daripada MIT yang diberi nama Copenhagen Wheel ini nampak menarik. Senang sikit berkayuh dalam panas.

Jay-Z menerima sembilan pencalonan dalam 56th Grammy Awards, diikuti oleh Macklemore & Ryan Lewis dengan tujuh pencalonan manakala pendatang baru Lorde berjaya menerima empat pencalonan yang mana ianya satu kejutan buat semua. – CNN

Penyanyi kumpulan OneRepublic, Ryan Tedder baru baru ini dilaporkan telah membeli sebuah rumah berdekatan dengan pantai di Los Angeles pada harga US$2.85 juta yang mempunyai keluasan lebih 3,500 kaki persegi. – TMZ

Penyanyi rap dan komposer Joe Flizzow membuktikan yang beliau boleh menyanyi rap dalam bahasa Melayu apabila muncul dengan album terbaru yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya berjudul Havoc menampilkan 14 buah lagu. – mStar Online

Walaupun dunia masih meratapi pemergian Paul Walker, pengarah filem Fast & Furious 7 James Wan berkata yang filem itu akan dikeluarkan juga satu hari nanti walaupun sekarang ini sedang ditangguhkan proses perfileman. – Huff. Post

Sebelum ini Harry Styles ada menafikan yang beliau sedang berpacaran dengan Kendall Jenner namun pasangan itu baru baru ini dilihat keluar bersama dari sebuah hotel di kota New York dan menguatkan lagi andaian yang mereka memang lebih dari sekadar kawan. – US Magazine