fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.464)

VIDEO HARI INI: Ini merupakan trailer kedua untuk filem mengisahkan cinta manusia dengan robot (artificial intelligence) arahan Spike Jonze berjudul Her & akan ke pawagam sekitar Januari 2014 nanti. Di Malaysia belum tahu lagi, heh.

Masih berkaitan filem akan datang, ini trailer pertama untuk filem The Amazing Spider-Man 2 lakonan Andrew Garfield dan Emma Stone menampilkan watak antagonis, Electro & kembalinya rakan baik Peter Parker iaitu Harry Osborn. – Sony Pictures

Selebriti remaja bermasalah, Amanda Bynes telah menamatkan masanya di pusat pemulihan dan kini tinggal bersama ibu bapanya di Los Angeles & beliau juga bercadang untuk melanjutkan pelajaran di kolej dalam bidang rekaan fesyen. – Just Jared

Sebuah syarikat produksi milik aktor terkenal Hong Kong, Andy Lau berminat untuk menghasilkan filem Papadom yang telah menemui penonton pada 2009 dalam versi bahasa Cina dan pengarah asal Afdlin Shauki kini hanya menunggu lampu hijau untuk projek itu. – mStar Online

Supermodel Cindy Crawford berkata beliau tidak kisah untuk beraksi bogel dalam usia beliau ketika ini namun tidak akan sesekali melakukannya untuk majalah sensasi Playboy kerana risaukan persepsi anak lelakinya yang berusia 14 tahun. – People

Selena Gomez khabarnya cemburu dengan model video muzik Justin Bieber untuk lagu All That Matters, Cailin Russo selepas model itu mengirimkan sekeping gambar dirinya mencium pipi bintang remaja pujaan ramai itu. Masih ada hati ‘kah? – US Magazine