fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.463)

VIDEO HARI INI: Ya, ini video muzik rasmi untuk lagu parodi Havoc berjudul Atuk. Lagi laju keluar dari video muzik rasmi Havoc sendiri. Sekurang kurangnya, ada Joe Flizzow & Altimet. Layan!

Sepupu kepada penyanyi Frank Ocean telah failkan saman bernilai US$3 juta terhadap Chris Brown atas alasan tekanan emosi, kesakitan & kesusahan yang dialami selepas satu pergaduhan melibatkan mereka berdua di luar sebuah studio rakaman Januari lalu. – TMZ

Penyanyi dan pengacara, Aril AF7 atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus mengesahkan bakal bernikah dengan seorang pramugari, Puteri Erma Edlinda pada 20 Disember ini. – Murai

Ahli kumpulan One Direction, Harry Styles nampaknya kini sedang hangat dilamun cinta selepas dilaporkan keluar bersama dengan supermodel Daisy Lowe yang merupakan anak tiri kepada Gwen Stefani. Selera model pula, heh. – Hollywood Life

Pasangan suami isteri Lee Hyori & Lee Sang Soon telah muncul di kaca televisyen bersama buat pertama kali sejak berkahwin di Jeju Island untuk program dokumentari Our Only Earth – Instant Wedding & akan bercerita tentang majlis perkahwinan mereka. – Soompi

Seorang professional dalam dunia permotoran yang ada menghadiri acara amal Paul Walker mendedahkan yang kereta Porsche Carrera GT di’naiki pelakon itu mempunyai masalah sebelum dipandu keluar untuk diuji bersama Roger Rodas. – THR