fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.461)

VIDEO HARI INI: Ini nampak seperti sesuatu yang mustahil tetapi Amazon kini menunjukkan impian masa hadapan mereka untuk boleh menghantar barang di’beli pengguna online dengan menggunakan drone terbang terus ke rumah.

Pelakon Shaheizy Sam mengakui namanya sedikit tenggelam sejak kebelakangan ini namun terpaksa akur dengan proses jatuh bangun kehidupan seorang selebriti dan akur anugerah juga gelaran bukan menjamin namanya akan terus di’atas. – mStar Online

Bekas ahli kumpulan Jonas Brothers, Joe Jonas mendedahkan dalam satu artikel eksklusif yang beliau bersama sama dua selebriti popular Miley Cyrus & Demi Lovato ketika pertama kali menggunakan marijuana. – Just Jared

Supermodel popular, Kate Moss telah terpilih untuk menghiasi muka hadapan majalah Playboy bersempena ulangtahun penerbitan itu yang ke 60 dan beliau bercerita tentang kehidupannya ketika ini secara eksklusif. – Mirror UK

Buat pertama kali, Selena Gomez memuat naik sekeping gambar dirinya sendiri tanpa sebarang solekan. Cantik semulajadi rupanya gadis ini. Heh. – People

Polis yang menjalankan siasatan tentang nahas yang melibatkan Paul Walker tidak menolak yang kemungkinan kereta di’naiki dan dipandu oleh orang ketiga ini sebenarnya dipandu laju kerana terlibat dengan perlumbaan spontan dengan kereta lain. – TMZ